Sunday, March 13, 2011

Wajib!..Must!

(cited;iluvislam.com)

Dari Hatim Al-Asam: 'Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat', maka ia turut termasuk dalam sunnah Rasulullah SAW:

PERTAMA,
Pabila rumahmu dikunjungi oleh para tetamu, WAJIBlah kamu sebagai tuan rumah untuk memberi mereka makan.

Dalam ISLAM dah WAJIB kan..adat MELAYU pun AMAL kan..kalau tak de makanan sekali pun,biskut kering pun jadilah kan..?

KEDUA,
Pabila ada berita kematian atau seseorang meninggal dunia, WAJIBlah bagi kamu untuk menyiapkan perkuburan bagi mayat tersebut.

Setiap kali ada kematian, hamba ALLAH yang paling sibuk semestinya penggali kubur..betul tak..?

KETIGA,
Pabila seseorang anak gadismu telah cukup umur dan matang, WAJIBlah bagi kamu untuk mengahwinkannya.

 Masalah nya sekarang, kita utamakan adat dan pemikiran orang lain, sampai yang dah WAJIB kahwin pun tak dapat kahwin...macam mana tu..?

KEEMPAT,
Pabila kamu berhutang dengan sesiapa yakni Allah SWT sekalipun, WAJIBlah bagi kamu untuk membayarnya kembali tatkala sampai masanya.

So, jangan malas2 nak bayar hutang ea...susah kita nanti kalau kita lambat2 kan..

KELIMA,
Pabila pelbagai kesalahan dan dosa telah dilakukan kepada Allah SWT, WAJIBlah bagi dirimu untuk segera bertaubat dan memohon keampunan daripada-Nya.

Mari beristighfar